Selasa, 20 Oktober 2009


Tidak susah sebenarnya untuk membuat anak-anak menghargai setiap nasihat dan mendengar kata-kata kita. Tetapi syaratnya kita perlu memberikan mereka balasan dengan mengisi tangki kasih sayang mereka. Apabila anak-anak kita sudah tidak mahu mengambil kisah tentang apa jua nasihat yang kita sampaikan, apa yang perlu kita lakukan ialah kita periksa terlebih dahulu tangki kasih sayang anak kita kerana berkemungkinan tangki kasih sayang mereka telah bocor.

Cuba renung kembali, mungkin kita pernah berjanji sesuatu dengan mereka tetapi masih belum kita tunaikan, mungkin juga ada sesuatu yang anak-anak kita ceritakan tentang perihal mereka di sekolah tetapi kita hanya diamkan sahaja, mungkin juga anak kita mendapat kejayaan-kejayaan tertentu, tetapi kita belum menghargai mereka. Mereka sebenarnya amat sensitif terhadap perkara-perkara sebegini. Seandainya kita sudah mengenal pasti penyebab mengapa tangki kasih sayang mereka bocor, maka ibu bapa perlu segera untuk mengisi kembali ruang yang bocor itu dengan kasih sayang kepada mereka.

Tiada ulasan: