Khamis, 19 November 2009

Nippon Paint – Terapikan Bilik Anda Dengan Warna

logo nippon paint

Pengumuman! Pengumuman!

Korang ada masalah tak? Masalah harian macam tak lalu makan, terlebih makan, tiada idea menarik utk diusulkan pada bos, gaduh laki bini sebab suami tak tolong basuh pinggan, susah bangun pagi sampai punch card memanjang merah, asyik mengantuk dalam ofis, atau pon paling kritikal- kurang produktif di ranjang?

Yeah, jangan khuatir! Kami ada penyelesaian kepada setiap permasalahan anda! Kami bukan ah long Bukit Beruntung. Kami cuma mau tolong.

Pernahkah anda mendengar tentang TERAPI WARNA? Ya, warna sebenarnya boleh membantu anda menyelesaikan masalah harian dengan hanya mengecat dinding rumah dengan Nippon Paint. Kenapa, tak percaya ke?

1. Jika anda terlalu kurus seperti Victoria Beckham, warnalah ruang makan anda dengan kaler merah, merah terbukti boleh menaikkan selera makan. Tapi jika suami/isteri anda terlebih berat, elakkan guna kaler merah di ruang makan nanti jadi obesiti.

nippon paint

2. Jika anda seorang penulis/blogger dan kurang idea utk menulis, kaler biru adalah kaler yg sesuai kerana biru memberikan ketenangan, idea dan merelakskan otak yg penat bekerja.

3. Jika anak anda seorang yang sgt aktif, anda tidak digalakkan mewarna bilik anak dengan warna kuning atau oren 2 kaler ini akan menjadikan mereka super aktif. Gunakan kaler seperti hijau & biru gelap. Nanti deorang mesti rajin belajar boleh dapat 10A

4. Jika anda bermasalah suami isteri, kalerkan bilik tidur anda dengan warna lembut seperti pink atau purple lembut. Warna pink terbukti sebagai warna yg meredakan amarah dan membarakan cinta.

bilik tidur

5. Jika susah mau bangun pagi, apa kata kalerkan bilik air dengan warna ceria seperti oren & kuning , anda pasti memberus gigi sambil menyanyi!

bathroom colour

Kalaulah korang susah sangat nak pilih kaler, jangan pening-pening, amik jer gambar rumah korang dan hantarkan ke customercare@nipponpaint.com.my , pakar warna cat dari Nippon Paint akan memberikan pelbagai idea untuk rumah anda, sesuai dengan fungsi bilik.

Nippon Paint ada beratus-ratus warna, warna apa korang nak? Kelabu asap, merah menyala, semuanya ada! Cuba klik Nippon Paint kat www.nipponpaint.com.my,byk idea-idea menarik!

Tiada ulasan: