Khamis, 2 Disember 2010

MenDEKo Umah






Entah kenapa la, sejak dua menjak ni rasa nak mengdeko umah je
try la surt kat internet mana la tahu kot dapat ilham..
dpt la juga ilham..dan hasilnya..tara..

Selasa, 18 Mei 2010

Tips Mendidik Anak Yang Cemerlang

Untuk ibu2, mak, mama, ummi ini ada beberapa tips yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita yang cemerlang , gemilang dan terbilang...Dalam mendidik anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh di ikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza- beza antara satu sama lain.

Rasullullah s.a.w telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu :

Tahap pertama : anak yang baru lahir sehingga mumayyiz( enam tahun )hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: anak berumur tujuh tahun sehingga baligh ( 14 tahun )hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan,disiplin dan diberi tanggungjawab.

Tahap ketiga :anak berumur 15 tahun hingga dewasa ( 21 tahun )hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat : anak berumur lebih 21 tahun hendaklah ibubapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Tips dari Robert D.Ramsey :

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.Dalam islam pun digalakkan kita untuk bagi nama yang baik untuk anak2 kita.

2.Berikan anak anda pelukan setiapa hari,ada kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

3.Pandanglah anak anda dengan penuh kasih sayang. pandangan ini akan membuat anak anda lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran.

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebajikan- Berilah pujian, pelukan , ciuman, hadiah ataupun sekurang- kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukan.

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan.

6.Di dalam membesarkan dan mendidik anak - anak, janganlah tuan/puan mengeluh.Keluhan akan membuat anak-anak anda merakan dirinya beban.

7.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.

8.Jangan membiarkan anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

So, rasanya cukup la setakat ni dulu, nanti kita sharekan lagi ye....sama2 lah kita berdoa agar anak2 kita menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.

Khamis, 28 Januari 2010

Menangi Peraduan Pendaftaran Agent Top - Up Percuma

Adakah korang nak cuba sesuatu yang belum pernah anda ceburi...

Sertai dan menangilah Peraduan Pendaftaran Agent Top - Up Percuma...

Caranya senang jer,


------------------
Peraduan Pendaftaran Agen Topup Percuma!

Syarat penyertaan:

1. Perlu ada blog


Cara-cara penyertaan:

1. Follow blog ini (mylittleladiesrack), dan yang ada facebook (jadi Fan)
2. Letakkan banner(Klik) blog ini di blog anda. Pilih saiz yang berkenan di hati.
3. War-warkan peraduan ini..dan juga mengenai kewujudan blogshop My Little Ladies Rack di blog anda dan link kan kepada (http://mylittleladiesrack.blogspot.com)..buat post simple je, tak perlu panjang berjela.. dan yang paling penting, sertakan banner dibawah ini dalam post tersebut.


Shawl Murah!


Shawl Murah!


Hadiahnya?

1. 3 Orang yang bertuah, akan mendapat pendaftaran agen prepaid secara percuma (yang bernilai RM35 setiap pendaftaran)
2. Kalau Cik Mully ada hadiah lagi, akan ditambah kemudian.. hihi



Cara pemilihan pemenang: Melalui cabutan bertuah!

Selepas anda ikut cara penyertaan td, sila emailkan atau tinggalkan comment di bawah ini:

Subject: Peraduan pendaftran topup!

Nama:
Nombor Handphone:
Url blog:
Url post peraduan: