Selasa, 18 Mei 2010

Tips Mendidik Anak Yang Cemerlang

Untuk ibu2, mak, mama, ummi ini ada beberapa tips yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita yang cemerlang , gemilang dan terbilang...Dalam mendidik anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh di ikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza- beza antara satu sama lain.

Rasullullah s.a.w telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu :

Tahap pertama : anak yang baru lahir sehingga mumayyiz( enam tahun )hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: anak berumur tujuh tahun sehingga baligh ( 14 tahun )hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan,disiplin dan diberi tanggungjawab.

Tahap ketiga :anak berumur 15 tahun hingga dewasa ( 21 tahun )hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat : anak berumur lebih 21 tahun hendaklah ibubapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Tips dari Robert D.Ramsey :

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.Dalam islam pun digalakkan kita untuk bagi nama yang baik untuk anak2 kita.

2.Berikan anak anda pelukan setiapa hari,ada kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

3.Pandanglah anak anda dengan penuh kasih sayang. pandangan ini akan membuat anak anda lebih yakin apabila berhadapan dengan persekitaran.

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebajikan- Berilah pujian, pelukan , ciuman, hadiah ataupun sekurang- kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukan.

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan.

6.Di dalam membesarkan dan mendidik anak - anak, janganlah tuan/puan mengeluh.Keluhan akan membuat anak-anak anda merakan dirinya beban.

7.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.

8.Jangan membiarkan anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

So, rasanya cukup la setakat ni dulu, nanti kita sharekan lagi ye....sama2 lah kita berdoa agar anak2 kita menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.