Khamis, 29 Disember 2011

Bermalam di Lexis hotel PD

Atas permintaan anak bujang yg dah lama meninggalkan kitaorg..so atas permintaannya kitaorg ambik cuti dan dicide dan bermalam di Lexis hotel yg dulu di kenali  Legend Water Chalet. Memang best dan puas hati la. We choose Deluxe Water Chalet yg berharga RM414  tu pun ada less tuk staff Govm iaitu 15%.tually

Actually mmg x rancang pun tuk bercuti kat sini..kiranya mmg last minit punya planning la,nasib kami baik coz ada lg hotel yg kosong..ambik cuti pun last - last minit gak...maklum la bila musim cuti sekolah ni mmg hotel pun penuh..semua org nak menghabiskan saki baki cuti sekolah yg  tinggal berapa hari lagi untuk anak - anak kembali ke sekolah...same as me gak la..spend time with my son

Inilah antara permandangannya

Ini plak adalah wajah bilik kami


Ini plak bath tub @ jakuzi

Mmg best sgt kat sini,selesa dan nyaman sekali.....dia punya facilities pun agak baik sekali.Transport untuk keluar gak senang....just call dan diaorg akan dtg ambik.... Keseluruhannya mmg kitaorg puas hati la...

Selasa, 6 Disember 2011

Petua murah rezeki

Mmg byk doa dan amalan yg boleh kita lakukan tp aku nak sharekan satu petua ni daripada Dato Dr. Fadzillah Kamsah. Dimana setiap pagi sedekahkan al- fatihah kepada kedua ibu bapa kita x kira la sama ada masih hidup @ telah tiada nescaya pintu rezeki akan terbuka buat kamu. Berdasarkan hadis nabi " tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari "

Huraian hadith:

  • jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  •  Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Kesimpulannya:

  •  jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
  • Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
Insyaallah usaha dan tawakal pasti akan menjanjikan yang terbaik untuk kita, rezeki itu bukan kerana ada diploma, degree, master tp istiqamah kepada allah itu adalah janji kita.

Jiwa kacau...

Tika dan waktu ini jiwaku sikit kacau.Firstly....bcoz of  my bos outstation for 3 day..so x tau nak buat apa so mula la mata ni asyik nak tutup jer disebabkan x de keja dan secondly bcoz of my son...

Entah la..x tau nak ckp apa...sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik tuk diri sendiri itu je la kata - kata yg terluah tuk tika dan waktu ini.....


Rabu, 30 November 2011

BerceritA teNTANG hatI

Sejak kebelakangan ini hati seorang ibu ini sedikit tersentuh dan kecewa dek kerana anak yang dikandung 9 bulan tiada didepan mata bcoz anakanda bersama ngan mak mertua, hati ibu mana yg x sedih bila blk keja adam x de kan..terasa kehilangan..tp apa la anak yg baru umur 4   tahun tahu erti maknya sedang bersedih kerana anaknya tiada disisi..yg dia tahu hanya nak seronok jer...aku pun dah x tahu nak buat mcm mana lagi..terlalu taksub ngan nenek dan atuknya sampai aku yg ada depan mata ni x pandang langsung pun...

tp hati ibu ni sentiasa kuat...betul la kata ustaz Pahrol :

Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku.

Kadang - kadang terpk gak aku ke yg x pandai ajar anak sampai dia nak sgt ikut atuk ngan nenek dia, tp aku tetap sentiasa pk positif, dia masih budak & dia x tahu apa- apa pun...as a mother aku hanya mendoakan yg terbaik je tuk anak aku.... Zaman sekarang pandangan anak - anak perlu diraikan kerana apa..kerana jalan kita dahulu mungkin tidak relevan lagi ngan jalannya sekarang.....contoh klu kita dulu, bila dgr je suara ayah @ mak kita membebel kita takut tp sebaliknya anak- anak sekarang  membebel la byk mana pun dia buat dek jer..last- last kita yg sakit hati....so pengajarannya sekarang kita pulak yg kena ikut rentak diaorg.. kan dah terbalik tu..klu dulu kita yg dgr ckp mak @ ayah kita ,sekarang kita plak yg kena ikut ckp anak sb malas nak layan karenah so terpaksa la ngikut..tapi klu aku ada batasan gak la, klu x kena ngan cara aku..aku rotan gak.....banyak buku jugak la aku baca tentang psikologi anak- anak ni dan ada jugak research kat tenet..tp apa pun yg terbaik adalah doa ibu tuk anaknya..kerana doa ibu adalah yg paling dimakbulkan....

Selasa, 15 November 2011

Pelik tp Benar

Hari ni lepas ambik adam, kena lak pegi Pasaraya HERO disebabkan adam mengidam nak mkn byte cadbury tu,skrg ni dia duk pulun mkn benda tu..so selagi ingatan dia kat byte cadbury tu x hilang selagi tu la dia minta..adoii pening la ngan adam ni..so kena gak la pg



Mcm  biasa la, sampai je umah letak hbag dan sambil merehatkan minda dan fizikal dan sambil itu jugak kepala ligat duk memikir  menu apa yg nak msk untuk santapan makan malam aku ngan adam...dengan pantasnya terus msk dapur tgk apa - apa yg patut aku msk...bila jer capai periuk nasi,rupanya ada lg saki baki nasi semalam yg masak x habis....rs syg lak so decide buat nasi goreng je la..lg senangkannnn,lg pun adam ngan aku x de la ni sgt,coz papa adam kerja ptg hr  ni...


ko org tgk la apa adam buat... terkejut aku dibuatnya, x pernah2 sebelum  ni dia mkn nasi letak cekedih tu,tiba2 lak hr ni dia buat mcm tu,padahal nasi goreng tu aku dah letak ayam..tp nak gak letak benda tu,katanya ikut ikbal ( kawan dia kat sekolah ).adoiii la penangan ikut kwn2 kat sekolah. Benda yg x pernah buat pun dia akan buat. Pelik benar bg aku, tp x tahu la kot korang pun biasa buat mcm adam buat ni...


Isnin, 14 November 2011

Microwave VS Oven

Dah ada Microwave nak oven lak...ye la maunyer x nak dik oiii,microwave mana leh bakar cake @ biskut raya..so nak buat biskut raya kena beli oven la..so raya aidilfitri hr tu makanya papa adam beli oven ni.. actually microware tu hadiah dr my company masa kahwin hr tu...


 microwave




Inilah ovennyer..bila dah ada ovenkan now duk gila buat kek bagai la....klu boleh sume nak buat dan cuba...
sekarang pun duk gila cari resepi. So far byg gak la kek yg aku dah buat...dan antara blog yg mmg aku suka   KLIK DISINI dan  kak izah blog. Sume yg aku try sume terus menjadi la...walaupun first time cuba....bersemangat nak cuba resepi br setiap hari..tp syg x de sapa yang nak makan...mcm mana tuuuuu..last- last peti sejuk penuh ngan kek dan balang penuh ngan biskut...huhuhu











Jumaat, 4 November 2011

Fikir Positif

Hidup kita ni kena sentiasa berfikiran positif dlm apa jua keadaan sekalipun....mmg la manusia mana ada yg perfectkan..mesti akan ada silap dan salahnya dalam kita mengemudi kehidupan duniawi kita ni. Belum tambah lagi ngan karenah manusia yg mcm- mcm hal...


Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula terjadinya. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang terjadi / berlaku. Apabila berlaku demikian kita akan menyesal, marah dan kecewakan...


Pagi td masa aku msk toilet, aku ternampak kawan aku menangis, so aku terus la tanya kenapa??? 


Aku     :  Kenapa ko nangis ni?


Kwn    : aku sedih keta aku kena langgar ( sambil air mata meluncur laju keluar ) 


Aku     : Teruk sgt ke keta ko kena langgar?


Kwn    : Teruk gak la habis bumper belakang keta aku, tp yg aku sedih sampai hati org yang 
              langgar tu lari mcm tu jer.


Aku     : Sabar la nak buat mcm mana, ada la tu rahsia tuhan yg kita x tahukan...


Kwn    : kenapa la nasib aku selalu je mcm ni, dah la laki aku br je byr insuran, aku sedih    
             kenapa selalu terjadi kat aku, dulu keta kancil pun mcm tu gak. Aku ni selalu       
             menyusahkan jer.  Aku dah beringat dah tp kena gak...( byk la penyesalan yg keluar dr  
             mulutnya )


Aku    : Sabar la..aku tahu klu aku kat tempat ko pun..aku mcm ko gak, tp benda dah lepas x  
             guna pun ko nak nangis..benda tu dah berlaku pun..cuma sekarang ko pk benda yang  
             akan ko hadap ni ( kata aku ngan panjang lebar ) setiap yg berlaku ada hikmahnya kita 
             x tahu sb  itu rahsia tuhan kepada kita dan yg penting itu adalah yg terbaik tuk 
             kita..tuhan x kan  menganiayai hambanya...sabar yer, ko tuhan bg dugaan mcm ni, ada 
             org lain teruk lg pada ko...


Kwn   : aku dah beringat, bw keta pun x laju....


Aku   : tu la aku ckp ko dah beringat..berhati- hati masa memandu,itu bkn salah ko tp dah tuhan 
            nak uji ko..so ko kena gak....ada la tu salah silap ko yg ko sendiri x tahu....so jadikan 
            setiap yg berlaku adalah pembalasan ke atas apa yg kita x tahu apa salah kita 
            terhadapNYA.


Kita perlu faham bahawa hidup ini adalah peraturannya. Tidak semua yang kita nak kita akan dapat. Inilah yg kita panggil sunahtullah, siapa yang tidak mahu menerima hakikatnya, maka kita tidak layak tuk hidup. Contohnya klu kita nak msk mesti guna tangankan, mana blh nak guna kakikan..klu dia nak guna kaki gak  maka dia tidak layak tuk memasak la kan...




Nota :


salahkah aku update blog..sekadar tuk mengisi masa yg ada..kenapa org nak kisah pasai aku...... 



Khamis, 3 November 2011

oh..garment steamer

Semalam blk dari kerja..letak beg bagai..adam mcm biasa la terus buka tv...apa lg klu x tgk kartun sure dia akan tgk CD....mcm tu la hari- hari kerja adam..selagi x suruh mandi, jgn harap la dia nak pi mandi.Tp klu pasal lapar pandai lak dia cari makan.....

As a ibu, mcm biasa la kena prepare tuk mkn mlm,selalunya klu papa adam kerja ptg mmg aku akan masak la if papa adam kerja pg mmg jarang la aku akan msk coz papa adam dah beli siap2....al maklumlah now i'm in diet so mkn kul 10 pg je..lunch mmg x de la..so blk kerja tu confirm perut dah menggelupur la jwbnya minta tuk diisi....

Semalam gak kononnya papa adam buat suprise ..... dia beli garment steamer ( menatang apa itu? ) seterika steam yg just guna air...gosok baju pun leh manja- manja santai gtu..actually ni bkn request for me but katanya senang klu aku nak gosok baju..itulah papa adam sentiasa memikirkan kesenangan tuk bininya,bersyukur sgt coz dapat suami yg begitu prihatin atas kesusahan bininya( x semua laki mcm laki i tau ) selama hidup dengannya aku x pernah minta apa pun tuk dia belikan coz u know why...papa adam dah beli dulu dr aku nak...bersyukur sgt..blh kata semua keperluan semua dia dah sediakan..kerja aku adalah memasak,kemas umah,gosok baju dan lipat baju k event basuh baju pun papa adam yg selalu bsh  ( bkn dera suami k ) dia dgn rela hati tuk buat semua tu..alhamdulillah atas semua kurniaan itu.....


mcm ni la rupanya garment steamer tu....


kan leh iron baju ala manja- manja gtukannnn

Rabu, 2 November 2011

Ayam masam Manis

Semalam blk dlm hujan lebat + angin lg..mmg lencunnnn habis baju together with aunty eim, nak rushing coz kena ambik adam dr sekolah.lencun pun lencun la demi anak bujang sorang itu. Lepas ambik adam pergi Datuk Keramat lak nak kena ambik baju melayu adam tuk peyampaian sijil adam pada 12 Nov nanti...penat mmg la penat.... tp berasa puas atas tanggungjawab tu bila semua tergalaskan...duty seorang ibu tidak berhenti disitu sahaja ok...anak bujang aku sorang tu request lak nak mkn ayam masak merah..so jawabnya kena la msk ayam yang diminta itu.....tp aku x msk ayam masak merah aku just nak cepat & senang so aku buat je ayam masam manis....




Bahan- bahan :

1. Ayam ( 6 Ketul )
2  * Bawang merah 3 ulas
2. * Bawang Putih  2 ulas
3. * Bawang besar
4. * Cili merah
5. * Halia
6. 3 sudu besar lada kering yg telah diblender
7. Sos cili
8. Sos tomato
9. Perasa ( gula & garam )

Cara memasak :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan- bahan yg telah dihiris td ( bertanda * ) sehingga garing
2. Masukkan lada kering yg telah diblender td sehingga pecah minyak
3. Masukkan sos cili, sos tomato, perasa dan  masukkan sedikit air untuk bykkan kuah
4. Biarkan ia mendidih dan siap tuk dihidangkan....





Selasa, 1 November 2011

berhabuk sudah...

Dah lama betul x mengupdate belog..sibuk sgt ke???? x de la cuma kemalasan melanda tuk mengupdate belog beserta dgn x de apa yg nak dijadikan diari tuk tatapan  korang ( ada org baca ke belog aku ni hehehehe ).

Anyway, hr ni byk masa so sempat lah menjeguk belog sekejap,lately aku byk sibuk bereksperimen di dapur ngan mencuba bermacam resepi, ingat nak gak letak kat belog ni..tp kesempatan belum ada lg..Insyaallah klu ada masa nanti aku sharekan kat korang yer....

Ok lah..setakat ni dulu jom layankan majalah RAPI yg br beli pg td...




Selasa, 4 Oktober 2011

Aku terjatuh...






Gratisan Musik


Apa kaitan entry aku ni ngan lagu aku terjatuh by ST12...x de apa pun,first time layan, biasa2 je...tp bila dah dgr byk kali best gak lagu ni.. Aku terjatuh, adakah aku terjatuh katil @ terjatuh kerusi @ terjatuh cinta..alamak bahayaaaaa ni

Jatuh bangun adalah lumrah dlm kehidupan ni..dalam erti kata lain,jatuh byk mengajar kita tuk lebih tabah, sabar dan belajar dari kesilapan lalu... contonhnya dalam hubungan suami isteri,semua org blh ckp dia bahagia,tp sejauh mana bahagianya keluarga itu kita tidak tahu, setiap hubungan mesti ada pasang surutnya, mesti ada kebaikan dan keburukannya...so setiap org kena give & take, sentiasa bertolak ansur dalam berumahtangga....

Berkahwin mungkin senang tp pengisian dlm rumah tangga bkn lah semudah ABC.Mungkin ramai beranggapan apabila terlafaznya ijab dan kabul maka itulah “happy ending” dlm cerita cinta kita...Apabila bernikah kita akan hidup bahagia selama2nya.Tapi  tidak, sebaliknya saat itu lah permulaan sebuah kisah baru

Kisah yang pastinya menuntut seluruh usaha kita untuk berkasih sayang, bersabar, bertolak ansur, saling memahami, saling bertanggungjawab dan segala usaha y perlu utk kebahagiaan pd sebuah masjid y baru kita bina.Kata orang baru2 kawen byk cabarannya, yalah baru hidup sekatil sebantal dgn orang baru.Dan orang itu suami y perlu kita jaga hatinya, perlu kita hormat dirinya

Kalau dulu sebelum kawen kita boleh berperangai sesuka hati tp skarang perlu menjaga adab dan tertib seorang isteri..igt setiap apa y kita lakukan, y kita ucapkan semua tu mungkin bole mengundang kemarahan atau rase kecil hati suami..berdosa!

Kalau dulu bila marah, kita lepas shj apa y terbuku skarang perlu menjaga kata2..kita xmau digelar isteri derhaka sume isteri pon begitu..Kalau dulu bole merajuk xigt dunia..skarang kena pandai jaga hati suami..mane boleh tarik muka 24jam .Kalau dulu malas n xpandai masak..skarang kena rajin2kan diri dan belajar apa y suami suke..kate org lagi, ikat kasih suami dgn masakan y mabeles.

Semuanya kena setting balik..igt kite dah hidup berdua..ada tanggungjawab besar y kita galas :)
Dalam perkahwinan ini, xbyk y kita mintak.Cukup lah suami  cintakan  kita seikhlasnya dan penuhi tanggungjawabnya sbg suami.kita sendiri akan berusaha menjadi isteri y taat,Isteri yang menyejukkan hatinya...Isteri yang membuatnya bahagia dan tersenyum...Isteri yang sentiasa didambakan dan dirindui..amin rarabbal al alamin..




Khamis, 29 September 2011

Raja lawak jadi raja sehari


Nabil & Zira :: save the date from lhmediatv on Vimeo.


suka sangat tgk video nabil ngan bakal wife dia ni... now dah ada video pre- wedding..gambar pre wedding, pendek kata semua ada la....pandai je kan org sekarang ni..kreatif..jom kita layan...



ini plak kad kahwin nabil...comelkan..

Rabu, 28 September 2011

Hati seorang pemandu teksi

Suka rsnya aku nak share ngan ko orang pasal " penghayatan kerja sebagai satu ibadah ". Sebelum ni aku pun  kerja just sebagai nak dapatkan duit tuk keperluan hidup jer..tp bila terbaca coretan klik disini  baru aku tersedar yg sememangnya kerja adalah satu ibadah yang mana klu kita bekerja krn Allah dan atas dasar ibadah, kita akan terus bekerja...tanpa ada rungutan..Jom kita layan coretan ustaz Pahrol Juai ni... mmg terbaik la....


Aku melihat dirinya sangat sederhana. Seorang pemandu teksi yang acap kali singgah untuk solat Subuh di masjid berhampiran dengan rumah ku. Kekadang aku berpapasan dengannya lewat solat Asar – jika kebetulan pulang awal dari kerja. Wajahnya jernih walaupun jelas telah berusia. Umurnya, sekitar 65 tahun, mungkin.
“Kenapa masih bekerja Pak cik?”
“Kenapa? Pak Cik dah nampak tua?” tanyanya kembali.
Aku tersenyum. Senang dengan kemesraannya.
“Anak-anak masih kecil?” tanyaku lagi, mencungkil sebab sebenar dia masih bekerja walaupun selayaknya pada usia begitu dia berehat.
“Ah, Pak Cik dah bercucu. Alhamdulillah anak-anak semuanya dah bekerja. Ada juga yang berniaga,” kilas Pak cik itu bersahaja.
“Kenapa Pak cik masih bekerja?” tanyaku lagi sambil memegang bahunya mesra.
“Bukankah bekerja itu satu ibadah? Ibadah mana ada pencen,”jawabnya pendek.
Aku terdiam. Inilah inti pati kuliah ‘Penghayatan Kerja Sebagai Satu Ibadah’ yang selalu aku sampaikan dalam program-program latihan dan ceramah. Terasa malu, aku yang selalu menyampaikan ilmu tetapi Pak Cik ini yang menghayati dan mengamalkannya. Ya, kalau kita bekerja kerana ganjaran dan imbuhan, kita akan berhenti sebaik sahaja kita mendapatnya. Tetapi kalau kita bekerja kerana Allah, atas dasar ibadah, kita akan terus bekerja walaupun telah mendapat imbuhan. Selagi ada tenaga. Walaupun aku kira Pak cik ini telah mendapat bantuan daripada anak-anaknya tetapi dia tetap bekerja kerana dia bekerja bukan kerana wang. Dia bekerja kerana Allah.
“Pak Cik gembira dengan kerja ni?”
“Gembira. Pak Cik tak ada kepandaian lain. Inilah sahaja kepandaian Pak Cik. Bawa teksi. Dengan cara inilah sahaja Pak cik memberi khidmat kepada manusia lain,” akuinya terus-terang. Hebat, inilah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah s.a.w. yang selalu disampaikan oleh para ustaz,  sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain.
“Awal Pak Cik dah keluar? Lepas Subuh terus bekerja?”
“Pagi-pagi ni murah rezeki. Pak Cik suka mula awal tetapi habis awal. Malam boleh tumpukan kerja lain.”
“Malam pun Pak Cik kerja juga?”
“Bukan kerja… Pak cik ikut kuliah-kuliah agama, belajar tajwid semula dan kadangkala ikut dalam majlis zikir. Itulah kerja Pak Cik yang dah berumur ni.”
Subhanallah, sekali lagi Pak Cik ini mengamalkan apa yang disebut dalam Al Quran ‘fa iza faraghta fan sab’ – maka apabila engkau telah selesai (dari satu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain), maksudnya selesai satu ibadah, kita sambung terus dengan ibadah yang lain pula. Tidak ada istilah rehat yang hakiki di dunia. Kita beribadah ‘around the clock’ – sepanjang waktu. Rehat hanya di syurga.
“Pak Cik dulu mengaji agama di mana?” aku terus mencungkil.
“Pak cik tak pernah mengaji agama secara rasmi. Dulu sekolah kebangsaan sahaja. Apa yang Pak cik dapat hasil mendengar sahaja. Mengaji dengar-dengar, kata orang. Kadangkala di masjid, di surau, dalam radio atau melalui perbualan-perbualan biasa.”
“Apa yang Pak Cik cari  semasa mengaji secara dengar-dengar tu?”
“Pak Cik pegang satu sahaja, bila dapat kita terus amal. Baru ilmu tu berkat.”
Aku senyum. Memang luar biasa Pak Cik yang kelihatan biasa-biasa ini. Aku mendapat berita Pak Cik ini pernah memulangkan wang berjumlah RM 5 ribu yang tertinggal oleh penumpang dalam teksinya. Pernah juga dia bergelut dengan lelaki yang cuba merompak teksinya. Keberanian, kejujuran dan istiqamahnya menjaga solat jemaah sangat aku kagumi.
“Sekarang ni mudah dapat pelanggan?”
“Ada kala mudah, ada kalanya payah. Tak menentu. Sekarang ni susah nak jangka.”
“Kalau pelanggan tidak da bagaimana?”
“Tu, CD kuliah-kuliah agama. Pak Cik habiskan masa dengan dengar kuliah agama. Kalau letih mendengar Pak Cik cubalah zikir sedikit-sedikit. Rezeki tetap ada. Tidak dalam bentuk duit, kita dapat dalam bentuk ilmu.”
“Pak Cik sihat? Tak da sakit-sakit?”
“Sakit tu mesti ada. Badan dah tua. Lenguh-lenguh, sakit urat. Tetapi yang berat-berat tu tak adalah. Alhamdulillah.”
“Pak Cik makan makanan tambahan? Food supplement?” jolok aku.
“Tak da. Pak Cik cuma jaga makan dan joging. Tubuh kita ni bukan kita punya… kena jaga baik-baik.”
“Eh, Pak Cik, sepatutnya yang kita punyalah kita kena jaga baik-baik.”
“Tak tahulah Pak Cik. Tapi Pak Cik anggap tubuh kita ini amanah Allah. Bila amanah, kita perlulah jaga baik-baik.”
Terkedu aku dengan jawapan itu. Dalam hati aku mengagumi orang seperti Pak Cik ini. Orang tua yang ‘simple’, tenang dan punya prinsip yang tepat dan jelas dalam hidup. Dia bukan sahaja memandu teksi tetapi dia benar-benar memandu kehidupannya. Individu yang dianggap marhaen ini rupanya punya ‘hati emas’. Isi cakap dan sikapnya semuanya Al Quran dan Al Hadis, walaupun dia tidak petah menuturkan ayat Al Quran dan lafaz hadis. Sesungguhnya, dia jauh lebih baik daripada para ustaz mahupun orang yang digelar alim, yang mulutnya berbuih dengan ayat Quran dan Al hadis tetapi praktik, hati budi serta gaya hidupnya berbeza dengan ayat Quran dan Al hadis yang menjadi perhiasan lidahnya!.
Kisah Pak Cik pemandu teksi ini mengingatkan aku kepada budak gembala kambing yang diuji oleh Amirul Mukminin Sayidina Umar Al Khattab di tengah padang pasir. Apabila Sayidina Umar mengatakan bahawa tuan punya kambing tidak akan tahu jika budak gembala itu menjual seekor kambing secara senyap-senyap, budak itu lantas berkata, “kalau begitu di mana Allah?”
Begitu juga dengan kisah seorang gadis yang tidak mahu mencampurkan air ke dalam susu yang dijualnya walaupun disuruh oleh ibunya berbuat demikian.
“Kita tidak boleh mencampurkan susu ini dengan air ibu. Amirul Mukminin Sayidina Umar telah melarang perbuatan ini.”
“Ah, kita di dalam rumah kita. Bukankah ini waktu malam? Umar tidak akan tahu,” balas ibunya.
“Tapi Tuhan Umar tahu! Allah tahu ibu.”
Kata-kata budak gembala kambing, “kalau begitu di mana Allah?”  dan gadis penjual susu, “tetapi Tuhan Umar tahu,” sesungguhnya bukan Al Quran dan bukan hadis tetapi rohnya, isinya dan mesejnya sejajar dengan Al Quran dan hadis. Itulah natijah pemikiran dan jiwa yang telah dibentuk oleh iman, lafaz kebenaran boleh jadi diluahkan dalam bahasa pertuturan yang biasa-biasa sahaja tetapi jika dicari dalil dan hujahnya dalam Hadis dan Al Quran, pasti ditemui.
Kembali kepada cerita Pak Cik pemandu teksi yang menjadi teman bual aku di serambi masjid selepas sama-sama mengerjakan solat Asar tadi.
“Pak Cik, apa yang paling susah sewaktu bekerja sebagai pemandu teksi ni?”
“Nak balas kejahatan dengan satu kebaikan. Itu yang paling susah. Pelanggan maki kita, kita balas dengan senyum. Orang herdik kita, kita minta maaf. Orang cuba tipu kita, kita mengelak dengan baik.”
“Mengapa begitu Pak Cik?”
Dia terdiam. Setelah merenung agak panjang beliau berkata,  “ itulah ujian yang menentukan kita ikhlas atau tidak… Kalau kita buat kerana Allah, Insya-Allah, kita boleh balas kejahatan dengan kebaikan. Atau sekurang-kurangnya tidak membalas. Kita diam sahaja..”
Sekali lagi Pak Cik pemandu teksi ini telah menuturkan hikmah yang pernah disampaikan oleh Sayidina Ali. “Tanda ikhlas itu…, kata Sayidina Ali, “ialah apabila pujian tidak menyebabkan kau menambah amal. Dan kejian manusia tidak menyebabkan kau mengurangkannya. Di hadapan dan di belakang manusia, ibadah mu tetap sama.”
Dan sesungguhnya itulah juga inti pati ayat Al Quran, surah Fussilat: 34 yang bermaksud, “ tolaklah kejahatan yang ditujukan kepada mu dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berbuat demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadap mu dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”
Setelah bersalaman, Pak Cik pemandu teksi itu menuju teksinya.
“Ada janji dengan pelanggan. Assalamualaikum,” katanya, terus memandu teksinya dengan ceria. Aku? Aku terus duduk di tangga masjid sambil menghitung diri. Bolehkah aku meneladaninya? Bolehkah aku membalas kejahatan dengan satu kebaikan? Atau aku akan terus sibuk mencari dalil dan fakta untuk bahan tulisan atau ceramah sedangkan ada insan lain yang jauh lebih ikhlas telah mengamalkannya dalam kehidupan? Ya, alangkah dungunya kita kalau hanya sibuk menghafal nama makanan sedangkan orang lain telah memakannya? Begitulah perumpamaannya…

Birthday papa...

Semalam 27 September 2011 adalah hari kelahiran my hubby yang banyak berjasa pada my family..yang byk berkorban tuk kami... x de apa yg special dek ngan tugasan  kerja masing2..sampai aku pun leh lupa nak wish birthday kat papa adam..esok tu br la perasan rupanya 27 sept..apa lg cuak.. mengelabah..rs bersalah semua ada... capai phone..terus mendail no phone papa adam....

No more party, no more celebrate...tgk la if ada masa akan diraikan juga...

Papa selamat hari lahir yg ke 28....

  • TQ bcoz menjadi pelengkap kepada kebahagiaan kami
  • TQ bcoz menjadi suami yg memahami dan menyokong dlm apa jua keaadaan sekalipun
  • TQ bcoz menjadi papa yg terbaik buat W.Muhd Adam
  • TQ bcoz menjadi segalanya senang tuk kami....

mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat papa,

  • as a wife mestilah sentiasa mengagungkan suaminya
  • as a wife tetap akan menyokong suaminya dalam apa jua keadaan sekalipun
  • as a wife mestilah berada disisi suaminya biar susah dan senang pun

Selasa, 27 September 2011

kepenatan melanda...

lately kepenatan dek byk tuntutan tanggungjawab yang nak kena buat..nak kena anta dan ambik adam dari sekolah..klu dulu x pe la  leh gilir2 ngan papa adam..now adam dah pandai demand dah x mau pg ngan papa dia..adoiii la adam,mama x leh nak rileks la nampaknya...now papa adam dah start OT dah,so lg la bertambah tanggungjawab yg nak kena settle...kerja ofis yg makin byk after Akta dah dikuatkuasakan..ngan aduan dari BPA bagai...

Balik umah lak..nak kena settle pasal kerja umah lak... tp as a namanya pompuan ni mmg x pandai nak duduk diam ada je benda nak buat... bila semua dah beres rasa lapang,lega..coz semua tanggungjawab dapat disettlekan dan dilaksanakan dgn baik...

Now adam pun dah 4 tahun so x byk karenah sgt yang nak kena layan..dia buat hal dia jer.pas tgk kartun,main games...pas puas main games..colour2 @ buat math dia....byk senang la bila anak dah besar ni,byk benda blh buat...k lah setakat ni dulu coretan aku...

NOTE : Bila adam nak ada adik ni papa ????

Jumaat, 23 September 2011

14 Perkara Muhasabah Diri

Marilah kita sama- sama renungkan tentang 14 perkara ini...

1. Yang singkat itu WAKTU tapi kenapa masih ramai yang mensiakannya

2. Yang menipu itu DUNIA tapi kenapa masih ramai yang sukakannya

3. Yang dekat itu KEMATIAN tapi kenapa masih ramai yang tak buar persiapan tuk menghadapinya

4. Yang besar itu HAWA NAFSU tapi kenapa masih ramai yang tidak mengawalnya

5. Yang berat itu AMANAH tapi ramai yang berebut - rebut mahu memikulnya

6. Yang sulit itu IKHLAS tapi masih ramai yang tidak cuba mendapatkannya

7. Yang mudah itu BERBUAT DOSA tapi kenapa masih ramai yang tidak menghindarinya

8. Yang susah itu SABAR tapi kenapa masih ramai yang tak merasi kepentingan dan bermujahadah dalam menahan perasaan

9. Yang sering lupa itu BERSYUKUR tapi kenapa masih ramai lagi yang kufur

10. Yang membakar amal itu MENGUMPAT tapi masih ramai yang menjadikan hobi tuk mengumpat

11. Yang mendorong ke nerka itu LIDAH tapi kenapa masih ramai yang bermulut lazer

12. Yang berharga itu IMAN tapi kenapa masih ramai yang tidak memantapkannya

13. Yang mententeramkan hati itu " TEMAN SEJATI tapi kenapa masih ramai yang suka mencari musuh dari mencari teman sejati

14. Yang ditunggu ALLAH SWT itu TAUBAT hambanya tapi kenapa masih ramai yang x sedra diri dan berasa dirinya sudah cukup baik

Cara hidup Rasulullah s.a.w

Dihari jumaat ini iaitu hari segala penghulu hari, saya nak sharekan satu article cara hidup rasullullah saw yang patut kita contohi dan jadikan panduan tuk kita mantapkan lagi jiwa dan rohani kita dalam kehidupan yang serba moden dan canggih ini.





Harapan agar kita akan dapat mencontohi amalan rasullulah ini..sekian

Sabtu, 30 Julai 2011

A.D.A.M D.E.M.A.M

Seminggu telah berlalu dengan penuh dugaan dimana adam dilanda demam yang teruk akibat naik begok... demam seminggu yg x kebah- kebah ngan aku ada kursus 3 hr...but aku just attended tuk 2 hari je coz adam kena admitted kat hospital Ampang. Kesian kat Adam,hati ibu mana yg leh lihat anak sakitkan..klu boleh digantikan sakit tu aku sanggup je... Adam dimasukkan wad jam 4.30 pagi and now syukur kepadamu Ya Allah kerana adam kembali sihat sepenuhnya..hopefully sihat sepenuhnya ye anak mama...kesian papa & mama


ni kiranya dah blh senyum dan terima hakikat..first masuk bkn main meraung nak blk , x nak duk kat hospital..dgr suara je dia je minta nak blk..kesian adam..


blh dia x tdo pun dr pagi sampai la kuar, takut aku tinggal dia.. result darah adam ok, so just masukkan air je sebotol. after taht dah blh kuar.


Masa ambik darah rileks je..


Sekian dulu tuk entry ni... dengan harapan adam akan sihat sepenuhnya and back as normal ye syg...

Isnin, 18 Julai 2011

H.O.U.S.E.W.I.F.E

Mcm kebiasaan la bila tiba hari cuti..rutin harian aku adalah padat sepadatnya.mana nak masak,nak basuh kain, moop lantai bagai..mmg byk la....x terkira rasanya..... dan waktu weekend mcm ni la br nak merasa mcm mana la mak aku dulu jaga anak + semua dia nak kena buat... hari2 kena buat benda yang sama je.. aku ni cuma sabtu & ahad je..hr lain byk lepas tangan jer ko. Al- maklumlah BEKERJAYA....




Ini adalah separuh baju anak bujang aku,aku dah susun ikut susunan..yang tingkat atas tu baju kuar jalan2 , tingkat no.2 tu semua baju tdo dan no.3 adalah baju pakai kat umah je, so ini adalah bagi menyenangkan papa adam nak ambik baju adam serta nanti x de la nanti berselerak sb dah asingkan ikut keperluankan... actually almari ni ada 5 tingkat..dan tingkat seterusnya aku letak tuala adam..semua keperluan adam la kat almari tu. Inilah sebahagian rutin yg perlu aku buat setiap weekend...dan papa adam gak kena make sure jgn bagi baju ni berselerak...klu x mak ko akan bising...


Selain tugas di dapur yang melibatkan umah... adam gak nak kena suh buat kerja sekolah supaya x de la dia asyik duk tgk kartun je 24 jam..nanti otak pun penuh ngan citer kartun..yang lain semua ketinggalan..walaupun 4 tahun tp aku selalu terapkan dalam diri dia supaya dia x lupa akan pelajarannya. Selain menulis, mewarna dan ajar cara membaca..selain tu gak aku galakkan adam ni bermain kat komputer dan belajar online kat internet... now dah byk software yang berguna yg blh kita galakkan tuk anak2 kita.... just taip apa yang kita nak everthing can be served.

Ni lak antara sebahagian koleksi baju kurung aku..mmg byk gila sampai kena letak tiang kat tgh tu....last 2 weeks dah let go kat yana,coz dah x muat,aku makin gemuk..baju kurung moden. Ni pun byk lagi yang dah x pakai...x tau nak let go kat sapa lagi....coz ada gak baju just pakai sekali 2 je....klu ikut hati semua syg...tp bila pk x tau nak letak kat mana lagi..buat semak je...



Sabtu, 16 Julai 2011

Potong kuku ikut sunnah

Hari ni aku nak sharekan kat org..potong kuku ikut sunnah,if u all potong kuku ikut sunnah u can got the pahala... tu je,klu x ikut pun x pe..x haram pun...



Jumaat, 15 Julai 2011

Ingin Cantik ????


Ok hari ni aku nak kongsikan sedikit info bg yang ingin kekal kelihatan cantik..... dengan urutan wajah yang betul juga akan dapat menyerikan wajah kita yang kusam dan juga buat kita akan lebih kelihatan muda dari usia kita.








"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,”

“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”

“Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”

Khamis, 14 Julai 2011

A.D.A.M


aLHAMDULILLAH.... syukur sgt ngan pemberianmu Ya Allah atas kehadiran A.D.A.M. now adam dah 4 tahun,so far alhamdulilah,adam membesar ngan sihat walaupun kurus kering.... after dah pegi tadika adam dah pandai macam2 dah..dah pandai baca doa makan, dah pandai baca ABC, dah pandai kira - kira...then dah pandai tulis nama sendiri A.D.A.M. Everthing he can do it.... ckp x yah nak katalah mmg dia je tau semua....


Paling suka bila dia buat salah dia mesti ckp " maaf mama "

Klu dia minta buatkan susu ke apa mesti dia cakap " terima kasih mama "

waktu tdo pun aku paling suka, klu aku tdo dulu( mmg aku la selalu tdo dulu dr dia ) dia mesti cium pipi..cium tangan pastu esok mesti dia ckp " mama adam cium tangan mama ngan pipi mama"

yang aku x suka now dia dah byk terpengaruh ngan kartun..mahunya x ikut kartun 24 jam k,asyik tgk kartun jer..mmg aku ngan papa dia x blh nak tgk tv lain..yang aku angin tu siap pi sorok remote tv...

k lah aku berenti di sini dulu,cuba tuk upload gambar adam..cannot la plak..nanti update soon...



Jumaat, 1 Julai 2011

Jumaat..di ofis

Hari ni aku kat ofis je disebabkan kesihatan yang x mengizinkan aku tuk kuar..aku dah dapat selsema bagai la.. so dah x de keja.. lunch yang panjang ni..so aku pun duk surf tenet je la..
Sekarang ni orang tgh famos duk jual secara online..dan yang paling byk adalah jualan shawl dan juga tudung..mmg berlambak dengan macam2 fashion..aku pun pening tgk fashion2 tudung ni...ada yg ok dan ada juga lak yg blh buat mata aku berbulu nengoknya. Antara blog yang menarik mengikut citarasa aku adalah:


aura tudung ni aku suka sgt coz sb dia simple je and then x yah nak lilit bagai
dan yg paling aku suka coz dia kosong dan sesuai tuk dipakai kat ofis.


Ini plak adalah satu laman web yang mana u all blh tgk mcm2 tudung dan fashion,kira tudung cente la ni.


yg ni plak lebih kepada fashion skirt, seluar palazo



kesimpulan mmg berlambak la blog2 yg berkaitan shawl , tudung dan byk lg la,u all just taip je apa yg u all nak for sure u all akan dapat.. tapi satu je nak pesan beli la ikut keperluan,jgn ikut nafsu....


Isnin, 27 Jun 2011

Weekend jln - Jln

ok kita mulakan dengan anak bujang ni dulu...


anak bujang dengan maknya..

and then anak bujang dengan bapaknya

dan akhirnya maknya + paknya

Weekend lepas papa adam cuti sabtu/ ahad, so apa lg meronggeng / jln2 la kitaorg..hr sabtu kitaorg jln2 kat IKEA and pastu jln2 kat the curve pg jln2 kat street dia...mkn2... mlmnya just stay kat umah...

Hari Ahad lak kita pi Shah Alam..jln2 pasar tani/ pasar karat and then singgah kat MyDIN usj...

Rabu, 22 Jun 2011

x de kerja cari kerja



Nama saya Wan Muhammad Adam bin Wan Mohd Asfadzlie, umur saya 4 tahun. Budak Adam ni klu dah x de kerja dia akan cari kerja,mmg x blh duduk diam. Hari2 kerja dia tgk kartun klu x tgk kartun main tenet aka main games kat sini @ mewarna atau pun mcm2 la. Tp yg pasti x blh duduk diam.klu dah x de kerja mmg dia akan buat sepah umah,ermmm time ni la mak ko akan naik angin coz umah dah sepah mcm kapal pecah.




korang tgk la..mahu mak nya x angin,umah dah mcm kapal pecah



ni dia jumpa sepet mata papa dia yg lama dlm box dia tu,leh lak dia pi pakai..
rosak gak la mata ko adam...


sekian dulu...

Rezeki..1k

Inilah yg dikatakan rezeki,pada APC yg lepas kiranya aku adalah insan yang terpilih tuk dianugerahkan " Anugerah Perkhidmatan Cemerlang " dengan membawa pulang cek bernilai 1k dan juga sijil yang disampaikan oleh Datuk KSU KPKT. Syukur sgt ngan rezeki yg Allah izinkan ini.

APC + Dinner ini diadakan di SACC Shah Alam yang melibatkan semua warga kerja PPSPPA seluruh Malaysia. Dan yg x bestnya kitaorg x leh nk duduk ngan geng masing2.


Inilah kawan makan,kawan jln2 hr jumaat,kwn mengumpat..semua la.Dr kiri shima,yana, fiza N me. Klu ikutkan byk lg gambar tp cukup la ini je yg aku letak...foto diambil ngan camera shima,nak tahu sb apa coz kira camera dia la yg paling canggih,so kita bg chance kat kamera dia la untuk ambik gambar kitaorg.hihihihi jgn mare Pn. Shima.

Rabu, 15 Jun 2011

Ke sekolah...



Kebiasaan setiap pg, klu papa adam kerja pg..
mmg akan jd tanggungjawab aku la anta adam kat sekolah
so dia mmg suka la coz dia leh main ngan ustaz katanya
sb aku anta dia kan pg2 lg so sempat la dia main mainan kat luar sekolah dia tu
klu ngan papa dia..confirm kwn dia dah beratur br sampai kat sekolah
so mmg x sempat nak main la sebelum masuk kelas





adam dah bersiap sedia nak pi sekolah ngan begnya

setia menanti maknya bersiap

sambil menunggu mak dia bersiap sempat lg tu baca buku