Khamis, 31 Mac 2011

Anak tidak Ikut Peraturan @ x dengar Cakap

Sekali disuruh, anak tak buat. Dua kali suruh, tidak berganjak.Tiga kali suruh masih membatu gak.Kita suruh lain... lain lak dia buat.Mmg menguji kesabaran betul....



Adam nangis nak main mainan lagi...dah bagi betis nak peha lak...mmg menguji betul la ngan adam ni...


Jom kita cari punca kedegilan anak kita ni

1. Adakah memang sifat semulajadinya begitu?
2. Adakah terikut2 kwn, abang @ adik ?
3. Adakah kerana kita silap dalam memberi arahan ?
- kurang tegas
- tidak jelas
- tidak kena waktu
- tidak ambil kira pendapat atau kehendak anak
- arahan tidak munasabah
4. Adakah kita berubah sikap - kekadang ketat sangat dan kekadang terlalu longgar ?
5. Adakah dia memilih, ikut cakap ayah tetapi ingkar cakap emak.
6. Adakah anak terlalu bijak?
7. Adakah kita kurang berdoa untuknya?



Lagi kita ckp x blh lagi kuat dia nangis...setiap kali pegi main mainan mesti 2- 3 jam pun x nak blk lagi,adoiiii la adam


Penyelesaiannya :

1.sentiasa bykkan berdoa dan ketika anak kita tidur bacakan surah al - fatihah dan surah Thaha ayat 1-5, kemudian tiup di ubun-ubun anak sambil niatkan anak mudah mengikut arahan,insyaAllah hati anak menjadi lembut.

2.Tunjukkan contoh,kita perlu memberi contoh yang baik dari segi menerima arahan.Bila ibu minta tolong sesuatu si ayah kenalah terus bertindak dan begitu juga sebaliknya bila ayah menyuruh ibu buat sesuatu, ibu terus akur dan patuh.

3.Tegas dalam memberi arahan,tidak boleh sejadar sebut sekali lalu, kemudian kita sendiri terus menyibukkan diri dengan perkara lain.

4.Jelaskan dan perincikan arahan

5.Pilih masa yang sesuai

6.Guna psikologi untuk memberi nasihat,jika anak lelaki duduk disebelahnya, jika anak pompuan boleh dinasihat secara duduk, berdepan atau bertentang mata. Kaedah ini melatih anak lelaki menjadi pemimpin dan anak pompuan menjadi seorang yg taat kepada suami dan ketuanya.

7.HUkum dengan cara yang wajar,kalau aku selalu gunakan rotan klu adam x dengar ckp.Ini adalah cara terakhir setelah cara lain tidak berkesan.



ni muka ngada2 dia la ni...kononnya senang dlm hati la ni,coz kita ikut je ckp dia.Dah terbalik dah skrg ni, mak lak kena dgr ckp dia bkn dia yg dgr ckp kita..adoiii mencabar betul didik anak skrg...

Tiada ulasan: