Selasa, 6 Disember 2011

Petua murah rezeki

Mmg byk doa dan amalan yg boleh kita lakukan tp aku nak sharekan satu petua ni daripada Dato Dr. Fadzillah Kamsah. Dimana setiap pagi sedekahkan al- fatihah kepada kedua ibu bapa kita x kira la sama ada masih hidup @ telah tiada nescaya pintu rezeki akan terbuka buat kamu. Berdasarkan hadis nabi " tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari "

Huraian hadith:

  • jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  •  Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Kesimpulannya:

  •  jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
  • Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
Insyaallah usaha dan tawakal pasti akan menjanjikan yang terbaik untuk kita, rezeki itu bukan kerana ada diploma, degree, master tp istiqamah kepada allah itu adalah janji kita.

4 ulasan:

Irfa berkata...

akak penah dengar ttg ni.
dr sekarang akak dah praktikkan pada anak2 supaya diorang tak lupa sedekahkan fatihah utk kami.
anak2 cakap 'doa utk umie dan ayah'..
so sweet

yani-pali berkata...

tu la senang x yah nak ajar byk doa tuk anak just baca al fatihah je...akk nombor phone akk bape?kak mi ada call hr tu tp katanya salah nombor tu...

Irfa berkata...

dik..komen tadi jangan approve tau..sbb ada no hp akak :-)

Irfa berkata...

dik..
tq,kak mimie dah call akak ..so kami dah borak thru phone.hepi dpt jumpa dia lagi..bila kita nak dating ber3 ni?

no dulu tu no lama..anyway tq banyak2..pertemukan kami kembali