Isnin, 25 April 2011

Lot.my

Adakah anda pernah dengar tentang kedai online lot.my. Kedai online Lot.my ialah satu portal berbentuk sistem e-dagang yang ditubuhkan oleh 6 anak watan. Kedai online lot.my ini memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk membuka kedai online mereka secara percuma tanpa mengeluarkan modal yang banyak serta mudah dan teratur. Jual online barang - barang yang mereka rasa untuk dijual.

Apakah istimewanya lot.my ini?

1. Mudah
2. Bebas
3. Cantik
4.Pantas
5. Percuma
6. Domain Khas
7. Selamat
8. Bantuan sokongan
9. Lengkap
10.Analisa
11. Efektif dan efisyen


Kesimpulannnya memang Lot.my mempunyai ciri- ciri penuh e-commerce seperti Diskaun, Kupon, Review Produk, Produk Rating, Penggunaan Pelbagai Matawang dan sebagainya dan
powerful sale tools seperti Laporan Jualan, Laporan Hits, Laporan Produk, Cetakan Resit, Senarai Pelanggan, Invois, Newsletter dan sebagainya.So gunakan dengan sebaik mungkin ciri-ciri tersebut untuk tingkatkan jualan stor online anda.




Anda berminat untuk memiliki perniagaan internet anda sendiri. Mudah sahaja dengan 4 step anda bakal memilikinya.

First step :


Second step :


Third step :





Fourth step :
Untuk mengetahui dengan lebih detail anda semua blh lihat disini http://lot.my/assets/documents/LotMy-ManualPengguna-v7.pdf .

Disini juga anda blh bershopping secara online di store lot.my ini.


Tahukah anda sekiranya anda mendaftar perniagaan anda di http://www.lot.my/, anda juga akan dapat menyertai contest ini dan pelbagai hadiah akan menanti anda ?

Dan byk lagi hadiah yang anda layak dapat sekiranya anda menyertai lot.my ini. Tarikh tutup adalah 31 Mei 2011.

So korang tunggu apa lg jom...... click at http://www.lot.my/

Ahad, 24 April 2011

roti canai special



Roti canai banjir ngan telur masak separuh ni mmg terbaik la dr masjid jamek...mmg marvelous la ngan kuah banjir pastu ditambah ngan telur masak separuh..kat situ dia panggil roti canai special.Org x yah ckp la..tapi tempat dia adalah kurang memuaskan,org x yah ckp la mmg ramai.First aku tgk mmg terkejut coz kuah kari N kacang dal dia seperiuk besar...Kami order roti canai special ngan teh tarik..



Kepada sesiapa yg nak rasa leh la pegi kat masjid jamek yerrrr..x silap aku dia 24 hours kot....

Jogging TIME...


senyuman permulaan dari kami untuk semua...sabtu N ahad adalah menjadi hari jogging tuk kami sekeluarga...bertempat di tasik datuk keramat.dari kul 7 pagi lg kami akan ada kat sana...


adam ngan papanya..sme org buat dia nak buat...tp dia la excited setiap sabtu n ahad nak g jogging..





Dahaga sgt ni sampai pulun nk semua air



adam ngan basikalnya..



penutup dgn senyuman juga tp drku sorang je..sekian dulu

Jumaat, 22 April 2011

nice...sgt

suka sgt bila tgk design from elyza butik ni.Jom kita pakat layan gambar2 ni














klu dapat buat mcm ni mmg superb la..cantik gila design langsir dan perabot ni.


ini plak meja makan..cantikkkkkkkkkk



suka sgt ngan meja mkn aka kerusi tu....nakkkkkk



ni lebih kurang sofa kat umah...nanti nak tukar la kulit sofa like this



Langsir dia mmg terbaik wowww...klu dpt buat mcm ni..mmg terbaik la

GUESS...




Ini namanya rezeki,entah mcm mana My Hubby tiba2 nak beli handbag Guess lak kat aku,ni bukan whislist tau,sumbangan ikhlas dr laki buat isteri tersayang....thanks a lot to papa..nanti belanja lagi tau....byk dan byk lagi..leh mama buat koleksi GUESS.


( sori gambar agak kebluran )

Anyway aku bersyukur sgt dgn kehidupan ini..biarlah bersederhana dalam setiap apa pun,kelak kita sentiasa berada dalam lingkunganNYA.

Cinta Nombor 1

Nukilan yg hebat ini aku ambil dr blog ustaz Pahrol http://genta-rasa.com/, aku betul2 minat akan nukilan ustaz pahrol yang mana ia memberi byk kesedaran dan secara x langsung kita sedar dan berfikir akan hakikat duniawi ini.


Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.

Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”

“Jika” hanya “jika”. “Jika” akan kekal sebagai “jika”. Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!

Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh mati atau oleh sikap suami yang tidak mencintainya lagi. Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. Ramai yang sudah menerima nasib begini… Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!
Perkahwinan dibina dengan harapan. Untuk mencapai harapan, tidak cukup dengan rasa cinta. Ia perlukan tanggungjawab. Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula. Mukadimah banyak menentukan natijah. Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), mesti diperkukuh dari pangkalnya. Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai “rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang”.

Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Itulah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk haiwan (demikian kata al-Farabi). Juga bukan untuk mengejar status sosial. Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Itu cinta kelas kedua.

Jika itulah bentuk cinta kita, itu hanya cinta alat bukan matlamat. Cinta kelas kedua mesti dibawa kepada cinta kelas pertama. Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah? Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah? Jika ya, alhamdulillah, syukur. Kita sudah berada di jalan yang betul. Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.

Jika belum, berusahalah, berdoalah… agar dia mampu juga. Jika tidak hari ini, esok. Jika tidak esok, lusa. Teruskan berusaha dan berdoa.



114 Ayat Cinta

Tidak kira di tahap manapun rumah tangga kita; di permulaan, pertengahan atau pengakhiran, marilah bermuhasabah. Apakah rumah tangga kita benar-benar diasaskan oleh cinta kelas pertama atau masih dibelenggu oleh cinta kelas kedua? Jika kelas pertama, syukurlah. Insya-Allah cinta itu akan kekal selama-lamanya. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa rumah tangga kita benar-benar diasaskan kepada cinta ini?

Jawapannya mudah. Cuba nilai, apakah seluruh isi keluarga lalai atau taatkan perintah Allah? Bagaimana dengan solat kita dan anak-anak semua? Bagaimana dengan al-Quran? Sudahkah kedengaran suara kita (ayah ibu) dan anak-anak membaca al-Quran? Jangan jadikan rumah kita kuburan kerana Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa rumah yang penghuninya tidak membaca al-Quran umpama sebuah kubur!

Padahal semasa kita mula membinanya dahulu kita katakan membina masjid. Jika suami atau isteri payah hendak diajak membaca al-Quran, kenapa kita tidak memulakannya dahulu? Ironinya, kita kekadang lebih banyak menatap surat-surat lama pasangan kita semasa hangat bercinta dahulu, konon untuk memperbaharui rasa cinta. Malangnya, ramai yang mengalir air mata, sedih, sayu, pilu apabila mengenangkan kata-kata mesra dan rindu dahulu kini sudah tiada.

Mengapa menanti sesuatu yang tidak tiba? Mengapa merajuk pada yang tidak kasih? Tinggalkan dahulu surat cinta yang lama, carilah semula 114 surat cinta daripada Allah (al-Quran). Siapakah yang dapat menandingi kemesraan, kasih sayang dan cinta Allah buat hamba-Nya yang terpapar dalam 114 surah al-Quran? Bacalah ayat Manzil, al-Ma’thurat, Yasin, al-Mulk atau apa-apa sahaja. Sama ada yang diambil secara bersanad daripada guru-guru yang thiqah ilmunya ataupun sekadar diambil daripada kitab-kitab atau buku-buku yang dipercayai kesahihannya.

Jika tidak mampu baca banyak, bacalah sekadar satu muka surat atau paling lekeh sekadar lima ayat. Tetapi istiqamahkan amalan ini. Barulah syaitan akan kecut untuk menggoda hati ahli keluarga kita supaya terlibat maksiat. Atau mengacah-acah kita dengan prasangka sehingga sering berbalah walaupun dalam soal-soal yang kecil. Bayangkan hanya kerana hendak masak apa hari ini, berebut saluran televisyen atau hanya tersilap istilah atau cakap, sudah bergaduh sampai tinggi-tinggi suara atau pukul-memukul. Ini angkara siapa? Tentu syaitan.



Bentuk Cinta Kelas Pertama

Mengapa syaitan begitu berkeliaran dalam rumah kita? Kerana rumah kita jadi kuburan, bukan jadi masjid. Banyak perkara-perkara mungkar dalam rumah kita yang menyebabkan syaitan suka bertandang. Tapi ingat, syaitan bukan dihalau dengan membaca al-Quran sekali-sekala seperti yang kita lihat “Pak Ustaz” halau hantu dalam drama mistik dan tahyul. Tetapi syaitan dihalau dengan bacaan al-Quran berserta niat zikrullah, hendak diamalkan kehendaknya dan ditinggalkan larangannya.

Jika sekali-sekala terjadi pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak isteri atau suami serta anak-anak, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak mereka, sah itu petanda cinta telah tersasar. Hakikatnya, inilah yang banyak berlaku dalam alam berumah tangga kini. Dan inilah punca mengapa ramai suami isteri berpisah sekalipun mereka saling mencintai. Berpisah bukan kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta terpisah kerana mereka memisahkan cinta Allah.

Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji. Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!

Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.

Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran… jangan membina cinta di dalam kuburan!

Selasa, 19 April 2011

Kerja perlu lah IKHLAS...

‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’






Jadi renungi lah :-



Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

Sabtu, 16 April 2011

Kursus 5 Days at Intan INTENGAH

5 hari kursus di Intan Intengah, starting from 11 april until 15 april. The courses is Enlish for counter service.Peserta adalah seramai 32 orang yang terdiri daripada govm sector.

Penat blk langkawi pun x hilang lg..kena lak pergi kursus huwaaa mmg penat la. Tp nak buat mcm mana nak kena cukupkan kursus 7 hari setahun...so terpaksa la.5 hari x msk opis entah mcm mana la rupanya meja aku...jom kita layan gambar ni







nak tgk byk lagi gambar tgk la kat fb tau...

Selasa, 12 April 2011

trIP to LAnGKAwi

8 until 10 April,Langkawi

Trip kali ni we go together with papa friends....we go with 7 family.Klu ikutkan mmg dah x nak pegi dah langkawi coz kitaorg mmg dah byk kali ke sana.Kira ni trip yg keempat kami kesana.Kami bertolak mlm jumaat dari kl. Masa kat sana kami stay at apartment.We go 3D2N.



Gambar diambil masa kitaorg dah on the way blk kl dah...




ini pula adalah permandangan dari apartment kita stay



Gambar ni diambil masa kitaorg naik kabel car....nak tergelak je bila tgk gambar ni,u know why...coz nampak sgt papa adam ngah takut tu...hahahahhah papa..papa...pucat lesu...ambik gambar terpaksa. Mmg kami x kan naik lg dah kabel car, first time N last la kitaorg naik ,tu pun coz free...tu yg kitaorg naik...tinggi gila beb....mmg masa kita naik tu x tgk bawah langsung pun...rs mcm nak turun je terus and then nak suh org tu stop je....mmg takut gila la..kitaorg naik just drop kat bwh je,dah x nak naik dah kat atas tu....









N tara..ni la kerja aku setiap kali pi langkawi x habis shopping barang2 dapur, mmg x sah klu pi langkawi x masuk Hj Ismail group dan Idaman Suri.Itu mmg tempat favourite aku la.

Jumaat, 1 April 2011

Time Square

Lepas aku habis exam,kitaorg pg time square.Bawa adam pg main2 kat sana,kebetulan lak masa tu papa adam cuti, so apa lagi kita terus meronggeng la bw adam pg sana.



Adam yg ngah seronok naik keretapi...






Adam mmg suka la..tp masa kitaorg pg tu hari selasa, so mmg x byk tempat yg buka tuk budak2 baya adam..so mcm x berbaloi ngan bayar RM 86.00 tuk aku,papa adam N adam.Adam just naik keretapi, naik labah2,main keta ngan main mainan kat dalam tu je la.