Khamis, 29 Disember 2011

Bermalam di Lexis hotel PD

Atas permintaan anak bujang yg dah lama meninggalkan kitaorg..so atas permintaannya kitaorg ambik cuti dan dicide dan bermalam di Lexis hotel yg dulu di kenali  Legend Water Chalet. Memang best dan puas hati la. We choose Deluxe Water Chalet yg berharga RM414  tu pun ada less tuk staff Govm iaitu 15%.tually

Actually mmg x rancang pun tuk bercuti kat sini..kiranya mmg last minit punya planning la,nasib kami baik coz ada lg hotel yg kosong..ambik cuti pun last - last minit gak...maklum la bila musim cuti sekolah ni mmg hotel pun penuh..semua org nak menghabiskan saki baki cuti sekolah yg  tinggal berapa hari lagi untuk anak - anak kembali ke sekolah...same as me gak la..spend time with my son

Inilah antara permandangannya

Ini plak adalah wajah bilik kami


Ini plak bath tub @ jakuzi

Mmg best sgt kat sini,selesa dan nyaman sekali.....dia punya facilities pun agak baik sekali.Transport untuk keluar gak senang....just call dan diaorg akan dtg ambik.... Keseluruhannya mmg kitaorg puas hati la...

Selasa, 6 Disember 2011

Petua murah rezeki

Mmg byk doa dan amalan yg boleh kita lakukan tp aku nak sharekan satu petua ni daripada Dato Dr. Fadzillah Kamsah. Dimana setiap pagi sedekahkan al- fatihah kepada kedua ibu bapa kita x kira la sama ada masih hidup @ telah tiada nescaya pintu rezeki akan terbuka buat kamu. Berdasarkan hadis nabi " tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari "

Huraian hadith:

  • jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  •  Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Kesimpulannya:

  •  jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
  • Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
Insyaallah usaha dan tawakal pasti akan menjanjikan yang terbaik untuk kita, rezeki itu bukan kerana ada diploma, degree, master tp istiqamah kepada allah itu adalah janji kita.

Jiwa kacau...

Tika dan waktu ini jiwaku sikit kacau.Firstly....bcoz of  my bos outstation for 3 day..so x tau nak buat apa so mula la mata ni asyik nak tutup jer disebabkan x de keja dan secondly bcoz of my son...

Entah la..x tau nak ckp apa...sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik tuk diri sendiri itu je la kata - kata yg terluah tuk tika dan waktu ini.....