Selasa, 4 November 2014

Weekend Lepas korang buat pe?

Weekend lepas anak2 ikut My MIL pergi Putrajaya umah anak dia yang sulung..so apa lagi honeymoon la kami...hahaha..pagi sabtu breakfast kat luar and before pergi mkn kami singgah di pasar pagi setiawangsa..My Hubby nak makan ikan patin masak tempoyak..lps settle semua kitaorg pergi IKEA...niat hati nak shopping la sikit..tp hampa sbnya semua barang yg kita nak semua x de stok...



Nak beli rak ni untuk bilik abg...blh letak buku sekolah abg...Harga RM59 hinggit


Drawer besi ni pun ingat nak letak dlm bilik study abg jgk...no stok


Kami ke Putrajaya nak ambik Adik....and sempat lepak kat dataran Putrajaya...Masyaallah,suasana kat dataran dah jadi mcm tempat tumpuan budak - budak main kereta mainan, skuter,main buih belon dan mcm- mcm lagi la...ok la at least penduduk Putrajaya ada tempat tumpuan untuk diaorg lepak- lepak......untuk permainan kereta bagai tu15 minit untuk satu keta/skuter dengan harga 10 hinggit...






Satu je klu pegi putrajaya..nak cari tempat untuk makan..mmg susah gila...especially masakan panas mmg susah..yang ada hanya lah kedai mamak...Kami ni klu mamak kurang sikit la...

itu cerita hari sabtu..ahad pula..just stay kat umah je sbnya my hubby keja shift pagi..so duk umah main masak2 k...Sempat la msk menu pucuk paku lemak kuning ngan goreng ikan keli untuk lunch dan sempat gak la buat kek coklat..


gambar ni je sempat snap..gambar kek dah msk x sempat nak snap..


BAHAN- BAHAN

Bahan A

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir / icing
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan c
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur

Cara membuatnya :

1. Ayak semua bahan B dan ketepikan dahulu

2. Masukkan  semua bahan A kedalam periuk, dan kacau sehingga sebati dengan menggunakan api yg kecil dan sejukkan

3. Pecahkan telur  kedalam mangkuk besar dan pukul telur bersama isen vanila hingga kembang. Tuang bahan A tadi kedalam  telur td. kacau hingga sebati

4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat dan kacau lagi hingga sebati

5. Tuang aduanan dalam loyang dan letak kertas minyak untuk memastikan wap air x masuk dalam adunan

6. Kukus selama 50 minit dengan apii yang sederhana supaya kek x merekah. Patikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu ok.


Petang kitaorg kuar ke Tesco...itu je lah cuti- cuti weekend kami...


Tiada ulasan: