Rabu, 25 Januari 2012

Pap SMear



Rasanya setiap wanita yang bergelar ibu / wanita mesti tahu  dan kerap mendengar apa itu ujian pap smear ? Same as me, tahu sgt apa itu kepentingan pap smear. Pap smear adalah perlu untuk mengesan sebarang keabnomalan dalam servik kita.

Dalam erti  kata yg lain adalah untuk mencegah dari berlakunya kanser servik , tp tidak semua wanita bersedia  untuk buat pap smear ini, kerana rasa segan untuk menayangkan " mahkota  " kepada doktor, tambahan pulak kebanyakan doktor adalah lelaki. 

For me x kira la doktor pompuan or lelaki perasaan malu itu tetap ada, tp tidak hari ini, aku dipaksa melakukan pap smear disebabkan oleh masalah period aku yg terlalu lama ( sebulan ) dah 4 bulan period aku mmg ambik masa terlalu lama dan ini sedikit sebanyak buat aku stress.

First doktor scan, everthing ok, cuma dinding rahim agak tebal dan x tahu apa masalah kenapa dinding rahim terlalu tebal. Selalunya doc cakap kes yg mcm ni, doc just akan cuci dinding tu dan sampel akan dihantar ke makmal untuk mengetahui apa puncanya....

So untuk mendapatkan zuriat dlm masa sekarang ni quite difficult la...so no wonder la aku kena buat ujian pap smear tu coz x tahu apa masalahnye. Bila masa doc ckp suh aku buat pap smear, biji mata aku rasa cam nak kuar je..tp laki aku terus je bersetuju..suka hati dia jer...papa ujian pap smear tu kena tayang  " mahkota ". Itu sebab mama pk 1 juta kali tuk buat tu... dan bukan sb itu saja....sb doktor itu LELAKI. Tp atas pandangan laki aku dan untuk kebaikan kami bersama aku bersetuju walau hakikatnya hanya Tuhan yg tahu.

Bg yg first time nak buat...bila sudu itik ni msk akan rasa ketidak selesaan dan rs sikit ngilu.



 Actually doc ni kira mmg pakar sakit puan aku la coz apa - apa yg berkaitan dgn masalah sakit puan ni aku akan pg sana coz ia mmg terbaik, terbaik dari segi explanation yg clear dan bayaran x de la mahal sgt pun.Masa pregnantkan adam pun aku mmg selalu check up kat sana dan cucuk adam pun kat sana gak.. Yg aku buat pap smear + scan + ubat je baru 68 hinggit..murahkan...tp yg lecehnya nak kena tunggu turn amat lah hazab boz ramai gila org kat klinik dia.Untuk yg lenih detail KLIK DISINI





















Selasa, 24 Januari 2012

Menu Petang



Kek Batik Lapis

Minggu lepas aku buat kek batik lapis, memandangkan biskut marie masih berbaki and just x nak membazir so aku decide la tuk buat kek batik. Dr membazir baik buatkan...Dan kek lapis aku mendapat pujian dari mak mertua k siap minta resipi lagi...sb katanya susah nak buat kek batik ni, padahal yg aku tahu dia mmg terror membuat dan membaking kek ni....so now aku sharekan tuk korang gak...

RESIPI ( just copy dari hana blog  coz malas nak taip )

Bahan-bahan
  • 250g@satu peket biskut merie
  • 200g@satu peket milo
  • 3/4 tin susu pekat
  • 5 biji telur
  • 1sk esen vanilla
  • 150g butter @ 2/3 cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)
Cara-cara
  • Sediakan loyang 6 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.
  • Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
  • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
  • Keluarkan dan potong. Hidangkan.



Ini plak step by stepnye copy dari blog wendy



 Sekarang senangkan..nak msk apa just surf je kat tenet comfirm dapatkan.... tp kena try & error la, ada yg menjadi dan ada yg x menjadi..tp first time aku cuba resipi ni terus menjadi..sedap sgt hingga menjilat jari.



Inilah hasil tanganku












Isnin, 23 Januari 2012

Kenduri KAhwIn YayaT & MiRA

Cuti kali ni kami tidak blk kelate bcoz kami kena attend kenduri kahwin abg ayat... kat paroi N9 ( belah pompuan dan johor adalah belah lelaki... abg ayat adalah sepupu papa adam, kira ktorg closed la ngan diaorg ni...Akad nikah telah diadakan pada hari ahad selepas solat asar dan dengan hanya sekali lafaz mereka sah bergekar suami isteri dan kami semua mendoakan semoga yayat & mira akan berbahagia sehingga syurga k. Dan kenduri anta menantu pula akan didakan di Johor pada Sabtu ni....



Inilah pasangan raja Sehari Yayat & Mira



Ini pula majlis akad nikah


   
Makan beradab or beradat ( spelling adalah tidak sure k )



Khamis, 19 Januari 2012

Resipi from Majalah Aniqah


Hari ni hari Khamis dan esoknya jumaat, so leh la kita msk2 special sikit tuk anak suamikan, cuti - cuti weekend...ni ada 2 resipi, actually byk tp leh msk..asyik makan kedai jer, so weekend masak la ,kan nanti tak merasa la plak  air tangan isteri dan maknyer....For me, saya lagi prefer masak sendiri dari beli kat kedai tp memandangkan saya adalah ibu yg bekerjaya so mana sempat je la masak..klu x sempat mmg wajib beli kedai jugak la kan...

So bila hari cuti pulun la masak..klu blh semua nak masak nak bagi anak ngan laki makan, kepuasan akan terasa bila tanggungjawab dapat dilaksanakan. Tapi apa kan daya buat masa ini itu je lah yang terdaya. Selamat mencuba untuk semua...



taken from majalah  aniqah



























Rabu, 18 Januari 2012

Petua


Jom kita pakat amalkan..Insyaallah jika kita bersungguh - sungguh kita akan dapat.



1.  Nak wajah selalu segar, berseri - seri dan cantik, cubalah ambik wuduk minima 5 kali sehari.Jangan ambil
     wuduk je, tp kena solat  dan berdoa la.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyakkanlah olahraga ( solat )

3. Untuk pelembab awek muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya dibibir tapi juga dihati dan paling afdal klu
    kita baca doa tgk cermin yg maksudnya berbunyi " Ya allah sebagaimana engkau telah perindah kejadianku,
    maka perindah pula akhlakku "

4. Untuk punya bibir cantik sentiasa bisikkan kalimah - kalimah Allah.

5. Nak tubuh langsing dan diet yang teratur, cubalah berpuasa seminggu 2 kali iaitu isnin dan khamis Lebih    
    bagus lagi klu u all puasa Nabi Daud iaitu selang satu hari.

6. Untuk mengembangkan diri silalah beri salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan dikenali.


KetahuILah....10 laluan yg bakal dilalui oleh MANUSIA

Pagi ni belek punya belek, simpan punya simpan, kemas megemas punya pasal  terjumpa la satu artikel yang dah lama diprintkan..Just to share untuk pengunjung yg mengunjungi belog yg x seberapa ini..al maklum lah org ada belog aku pun nak ada belog gak..tp update belog ikut suka hati..


Just nak share ngan korang sume untuk peringatan bersama.Semoga dgn apa yg kita dapat ini akan dimanfaatkan bersama.


10 laluan yg perlu dilalui...

 
10 laluan yang bakal di lalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat, bagaimana memudahkannya

1. Laluan Menuju ke Kubur

* Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
* Hindarkan perasaan irihati (benci)
* Jangan terpengaruh dengan emas/ perak
* Sucikan qada' hajat dengan istibra (berak/kencing)( berdehem selepas buang air kecil )

2. Laluan untuk Berjumpa Izrail

* Bersihkan diri dengan bertaubat
* Gembirakan hati orang mukmin
* Bayar semula qada' yang tertinggal ( solat & puasa )
* Kasih sepenuh hati kepada Allah Taala

3. Laluan untuk Bertemu Mungkar Nakir

* Mengucap dua kalimah syahadah
* Suka memberi sedekah
* Berkata benar
* Bersihkan dan perbaiki hati

4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan

* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dengan yang sedikit
* Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh Allah

5. Laluan Memantapkan Amalan

* Jauhkan perkataan yang sia-sia
* Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji-pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan akhirat

6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim

* Kasihilah ailia' Allah Taala
* Berbaktilah kepada kedua ibubapa
* Berpegang teguh dengan hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka

* Banyakkan membaca al-Quran
* Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
* Tinggalkan perkara maksiat
* Jauhkan segala yang haram

8. Laluan untuk Memasuki Syurga

* Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* Kerjakan segala suruhan-suruhan Allah
* Merendahkah dri di antara semua makhluk Allah

9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW

* Kasihilah Nabi Allah
* Kasihilah Rasulullah SAW
* Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah
* Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW

10. Laluan untuk Bertemu Allah

* Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah
* Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada Allah
* Bencikan segala yang diharamkan-Nya


Jumaat, 6 Januari 2012

Perempuan dan lengging






aku pun naik malu ngan segelintir wanita yg suka pakai legging ni. Lagi malu klu pompuan tu pakai baju atas punggung dan lagi menampakkan " flower " dia tu....bak kata dauspozi la kan




kan  x pasal - pasal nafsu diaorang lak naik.....dunia..dunia...



















Rabu, 4 Januari 2012

x rajin....




Sudah lama tidak mengUPDATE belog..now mmg x rajin la, sowiiiiiiiii gurlzzzzzzzzz.Tp hr ni dtg semangat nak berbelog la plak.... Tambahan plak sekolah sudah bermula dan semestinya tugasan makin bertambah..wowww stress ni...STRESS????? katakan tidak pada stress bcoz itu semua adalah tanggungjawab yg dipertanggungjawabkan tuk kita as a mother / father. For me bila kita dapat melakukan tanggungjawab itu, ia adalah satu kepuasan atau pun bonus . Teringat satu kata - kata ini 

' anak yang soleh sudah tentu baik, namun anak yang baik belum tentu soleh.
Maka seandainya didikan kita sempurna dan anak kita menjadi
anak yang soleh maka itu adalah satu bonus yang indah '.





PERMULAAN NIAGA KECILAN

Alhamdulillah dengan izinNYA..aku mula berani mencuba berniaga dengan menjadi agent tudung untuk Butik Hayda Scraf ni... Alhamdulillah per...