Selasa, 24 Januari 2012

Kek Batik Lapis

Minggu lepas aku buat kek batik lapis, memandangkan biskut marie masih berbaki and just x nak membazir so aku decide la tuk buat kek batik. Dr membazir baik buatkan...Dan kek lapis aku mendapat pujian dari mak mertua k siap minta resipi lagi...sb katanya susah nak buat kek batik ni, padahal yg aku tahu dia mmg terror membuat dan membaking kek ni....so now aku sharekan tuk korang gak...

RESIPI ( just copy dari hana blog  coz malas nak taip )

Bahan-bahan
  • 250g@satu peket biskut merie
  • 200g@satu peket milo
  • 3/4 tin susu pekat
  • 5 biji telur
  • 1sk esen vanilla
  • 150g butter @ 2/3 cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)
Cara-cara
  • Sediakan loyang 6 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.
  • Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
  • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
  • Keluarkan dan potong. Hidangkan.



Ini plak step by stepnye copy dari blog wendy



 Sekarang senangkan..nak msk apa just surf je kat tenet comfirm dapatkan.... tp kena try & error la, ada yg menjadi dan ada yg x menjadi..tp first time aku cuba resipi ni terus menjadi..sedap sgt hingga menjilat jari.



Inilah hasil tanganku












PERMULAAN NIAGA KECILAN

Alhamdulillah dengan izinNYA..aku mula berani mencuba berniaga dengan menjadi agent tudung untuk Butik Hayda Scraf ni... Alhamdulillah per...