Langkau ke kandungan utama
Masalah Pemakanan di kalangan Kanak-kanak
Assalamualaikum...
Aleena dah masuk 9 bulan now aku cuba bagi Aleena nasi yang dilenyek bersama kicap dan telur tapi dia menolak la..so maknanya dia x suka la kot kan...sebelum ni aku bagi bubur tp tgk mcm dia pun dah puas..tu yang try menu baru..lagipun dah msk 9 bulan
so gigih la aku tanya mr.google... first jumpa masalah kanak-kanak yang x mau makan..so check it gaiss.. http://www.myhealth.gov.my/masalah-pemakanan-di-kalangan-kanak-kanak/ nanti korang baca la sendiri yer,jgn malas nak baca lak..ok la aku tulis yang penting je la
Apa yang boleh dilakukan untuk membantu anak anda yang susah nak makan?
- Galakkan anak anda untuk duduk di kerusi bayi atau meja makan selama 20-30 minit atau sehingga masa makan berakhir.
- Kurangkan gangguan pada waktu makan seperti barang permainan, buku dan televisyen
- Puji anak anda jika dia mampu menyuap diri sendiri tetapi kekalkan reaksi neutral tentang apa yang dia makan
- Elakkan menggunakan makanan sebagai hadiah dan ganjaran semasa memujuk atau sebagai tanda kasih sayang.
- Jangan paksa atau desak anak anda makan kerana berkemungkinan ia hanya akan membawa kepada masalah dan bukan peningkatan pengambilan makanan.
- Sekiranya anak anda tidak makan atau makan dengan amat sedikit sahaja, jangan benarkan pengambilan snek antara waktu makan
Ulasan